Thursday, 20 October 2011

RENUNGAN BERSAMA KISAH HIDUP MUSTAFA KAMAL ATTARTURK






1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dgn kehendak barat).


3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."


5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah pengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.


9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.


17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. 



Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa

diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. 



Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

  

Wednesday, 13 July 2011

KONSPIRASI TERBESAR SEPANJANG SEJARAH

INSIDEN 11 SEPTEMBER 2001

dengan menguasai media, peristiwa saat WTC dan pentagon telah tersebar luas sehingga popularitinya melebihi kisah insiden rosswell dan pembunuhan john f kennedy. meskipun AS mendakwa serangan tersebut direncanakan oleh al qaeda. namun siasatan rasmi dan tidak rasmi telah menyimpulkan bahawa peristiwa ini satu konspirasi AS dan zionis untus mencetuskan propaganda terbaru lkepada dunia serta mencetuskan pandangan serong masyarakat global terhadap umat islam berikutan pihak AS mendakwa serangan itu direncana oleh seorang muslim bernama osama ben laden. siapa osama ben laden?? menurut kajian tidak rasmi yang dilakukan oleh wartawan britain di afghanistan, rata2x penduduk tidak mengenali siapa osama ben laden malahan mereka tidak juga mengetahui tentang kewujudan rangkaian al qaeda..mereka mendakwa yang ada sekarang hanyalah taliban. justeru benarlah bahawa osama ben laden dan al qaeda hanyalah dongengan amerika melalui konspirasi the freemason semata-mata. satu siasatan dijalankan dan mendapati osama ben laden tidak wujud sebaliknya beliau hanyalah satu bentuk karakter yang direkayasa semata-mata di mana watak tersebut sebenarnya adalah seorang agen CIA yang bernama tim ousman. pada saya, peristiwa 11 september 2011 adalah penerus kepada konspirasi puak the freemason selepas kejatuhan kerajaan soviet. bukti menunjukkan bahawa WTC dan pentagon bukan hancur semata-mata disebabkan oleh hentaman pesawat tetapi disebabkan bahan ledakan @ bom yang terdapat dalam pesawat susulan bunyi letupan dalam pesawat sebelum ianya menghempas WTC. dan satu lagi, berapa orang rakyat israel yang terkorban dalam kejadian tersebut??  hahaha...agak jelek soalan ini..tapi hakikatnya anda tahu sendiri berapa ramai.. pada hemah saya lagi, peristiwa ini menjadi batu loncatan untuk AS menakluk afghanistan, iraq dan lebanon. mungkinkah parkistan selepas ini setelah dikatakan bersubahat dengan ben laden ?? tunggu dan lihat


PEMBUNUHAN JOHN F KENNEDY

john f kennedy "mampus" ditembak pada jumaat, 22 november 1963 di dallas, texas pukul 12.30 waktu tmpatan. dia mengalami cedera parah ketika ditembak ketika mengetuai perarakan kereta bersama isterinya, jacqualine kennedy. siasatan 10 bualn yang dilakukan oleh warren commision pada 1963-1964, United States House Select Commitee on Assasinations (HSCA) pada 1976-1979 dan investigasi pemerintah lain telah menyimpulakan bahawa john f kennedy dibunuh oleh LEE HARVEY OSWALD dan akhirnya ditembak mato oleh JACK RUBY dalam tahanan.Namun, keraguan muncul dari penjelasan yang menyebutkan Oswald adalah satu-satunya lelaki bersenjata yang menembak mati Kennedy. Rakaman iringan yang diambil oleh Abraham Zapruder mendukung keyakinan bahwa ada empat tembakan yang dilakukan, bukan tiga seperti yang disebutkan Warren Commission. Rekaman tersebut juga menunjukkan ada satu tembakan yang datang dari arah yang berbeda dengan Oswald.i ni juga didukung oleh beberapa saksi. Banyak yang percaya beberapa tembakan dilakukan oleh kelompok bersenjata yang bersembunyi di balik bukit.Pada 1979, House Select Committee on Assassinations (HSCA) menemukan kecacatan siasatan yang dilakukan FBI dan Warren Commission. HSCA juga menyimpulkan ada empat tembakan yang dilakukan dan kemungkinan terdapat konspirasi di dalamnya. Namun, beberapa penyelidikan, salah satunya oleh National Academy of Sciences mempersoalkan kesahihan bukti yang digunakan HSCA yang menemukan empat tembakan.


UFO DI ROSWELL
Peristiwa ini terjadi lebih dari setengah abad yang lalu, di mana terjadi teori konspirasi mengenai unidentified flying objects (UFO–piring terbang). Sesuatu jatuh di Rosswell, New Mexico sebelum 7 Julai 1947Orang menduga itu adalah piring terbang. Namun, AS menjawab, itu hanyalah kemalangan belon udara. Pada 1989, mantan penjaga makam, Glenn Denis menyebutkan ia turut terlibat dalam otopsi alien yang dilakukan di pangkalan udara Rosswell. 

NASA MEMALSUKAN PENDARATAN DI BULAN
Pendaratan di bulan yang dilakukan NASA adalah suatu penipuan. NASA dan beberapa pihak telah melakukan penipuan secara public @ awam agar masyarakat percaya bahawa pendaratan tersebut benar-benar terjadi dengan merekayasa peralatan, juga mengumpulkan bukti, termasuk foto, rakaman, transmisi, dan contoh batuan.Pihak yang berpikir NASA melakukan penipuan melihat keganjilan dalam foto dan juga rakaman yang ditunjukkan. Beberapa di antaranya ialah adanya batu karang dalam permukaan bulan, bendera yang ditanam Buzz Aldrin boleh berkibar dengan aneh padahal di bulan tak ada udara, kurangnya bintang di atas angkasa, dan juga bayangan yang jatuh ke arah yang berbeza. Beberapa pemerhati telah menunjukkan dengan rinci bukti-bukti tipuan yang dilakukan NASA.
ELVIS PRESLEY MEMALSUKAN KEMATIANNYA SENDIRI
Beberapa pihak meyakini bahawa Elvis “The King” Presley tidak meninggal pada 1977. ramai peminat yakin ia masih hidup, dan kini ia bersembunyi dengan beragam alasan. dakwaan ini didukung dengan ribuan mata yang melihat sendiri Presley setelah kematiannya. Alasan utama yang mendukung Presley telah memalsukan kematiannya  berdasarkan bukti dari kuburnya.Dia atas kuburnya, nama tengahnya adalah Aron yang dieja Aaron. Namun “Aaron” sebenarnya adalah nama tengah dari Presley.  baik Presley mahupun ayahnya mencuba mengubah namanya menjadi “Aaron” agar mirip dengan saudara kembar Presley yang telah meninggal, Jesse Garon Presley.

SHAKESPEARE BUKAN SHAKESPEARE
Siapa penulis bahasa inggeris terulung? Di antara banyak calon alternatif yang telah diajukan Francis Bacon, Christopher Marlowe, William Stanley, dan Edward de Vere yang paling popular. para pendukung teori percaya, kurangnya bukti bahawa penulis yang dikenali sebagai Shakespeare dari Stratford bertanggungjawab untuk karya-karya yang membesarkan namanya. Sangat sedikit maklumat biografi yang ada tentang Shakespeare.

PAUL McCARTNEY TELAH MATI
“Paul telah mati” adalah legenda setempat yang menyebutkan Paul McCartney telah meninggal dalam kemalangan jalanraya pada 1966 dan digantikan oleh orang yang mirip dan suara yang sama. Bukti atas kematian McCartney terdiri atas “petunjuk” ditemukan dalam rakaman The Beatles. Ratusan bukti telah dikutip beberapa kali.

VIRUS AIDS DICIPTA DI MAKMAL
Berdasarkan teori Dr William Campbell Douglass, ramai yang percaya bahwa bahwa HIV dreka secara genetik pada 1974 oleh World Health Organisation. Dr Douglass percaya bahawa itu adalah usaha berdarah dingin untuk membuat virus pembunuh yang kemudian digunakan dalam percubaan yang berjaya di Afrika. Orang lain telah mendakwa bahwa itu diciptakan oleh CIA atau KGB sebagai langkah untuk mengurangkan populasi dunia. (Telegraph l art)
KELOMPOK IMUNITI DAN OREDE DUNIA BARU
Konspirasi terjadi ketika satu kumpulan rahsia (Illuminati, grup Bilderberg, dan kelompok rahasia) merencanakan memerintah umat manusia dengan pemerintahan dunia tunggal. Banyak peristiwa-peristiwa dalam sejarah disebut-sebut telah direka oleh kelompok ini dengan satu tujuan, New World Order (NWO). Kelompok-kelompok ini menggunakan dana politik, rekayasa sosial, pengawalan pemikiran, dan propaganda untuk mencapai tujuan mereka.
Tanda-tanda kehadiran NWO akan ditunjukkan dengan adanya piramid terbalik di Great Sale di AS, terdapat di Denver International Airport, dan pentagram dalam rencana kota. Organisasi-organisasi antarabangsa seperti Bank Dunia, IMF, Uni Eropa, PBB, dan NATO terdaftar sebagai organisasi dari New World Order.


* betulkah puteri diana masih hidup??? emmm...manarik untuk dikupas..


Tuesday, 12 July 2011

MENGENALI AS-SYAHID IMAM HASSAN AL BANA




Berbicara perihal mujahid,mujadid,murabbi ini  terasa kerdil pula diri ini. Lebih-lebih pula berbicara tentang perjuangan As-Syahid Imam Hassan Al-Bana, siapa yang tidak kenal dengan beliau. Mujahid rasa pasti ramai dari kita yang duduk dalam jemaah islam menjadikan beliau sebagai idola. Seorang Mujahid terulang kurun ke 20. As-Syahid merupakan salah seorang ikon dan tokoh ana. Kisah perjuangan beliau, sikap beliau, tutur cara beliau dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah sentiasa di dengari dari bibir naqib dalam usrah. Indah sekali kisah perjuangan beliau.


Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati. 


Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Muhammed al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.


Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional.
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian.


Jatuhnya zaman Khilafah pada tahun 1924, ini merupakan satu tamparan hebat bagi umat islam. Sejak dari itu islam mula dihina. Sistem ekonomi, sisitem perundangan islam tidak boleh diguna lagi. Siapa dalang di sebalik kejatuhan Khilafah ini. Pernah kenal nama lelaki ini "Mustafa kamal Antartuk Laknatullah". Dia telah berskongkol dgn dunia barat untuk menjatuhkan Islam. Selepas dari itu tanah jajahan British terdiri daripada semenanjung tanah arab dan tanah Hijjaz mula dipecahkan. Tiada lagi sistem khilafah islam selepas dari itu.
Kejadian ini juga menyebabkan jatuhnya Tanah Palastin ke tangan gologan bani Israel.

Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah Rasul-Nya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaran-Nya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Antara ciri-ciri seorang mujaddid ialah perjuangannya amat berlainan dengan taifah-taifah yang sezaman dengannya, dia membawa minda perjuangan Islam yang baru- yang belum pernah ada sebelum itu, perjuangannya zahir di awal kurun Hijrah, perjuangannya merebak begitu cepat ke seluruh pelusuk dunia Islam, mendapat tentangan yang hebat pada mulanya walaupun dari dalam dunia Islam sendiri, dibantu dengan karamah dan lain-lain. 
Ternyata umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma?thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir. 

Hassan Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain. 

As-Syahid Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda'wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah? Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke-15 Hijrah, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi la?natullah. Yang mempunyai jiwa Muhammad Al Fateh, yang memiliki peribadi Nabi, yang berwatak Rasul, yang berminda Al Ghazali, yang setertib Umar Abdul Aziz.

p/s : Ya Allah kuatkan hatiku, jangan lunturkan semangatku dalam medan dakwah ini. 

FACEBOOK : MEDIA RANGKAIAN SYAITAN

Pernahkah korang terfikir, apakah facebook sebenarnya?

Jika ditanya pada  bebudak celik IT, jawapan yang di bagi ialah satu rangkaian sosial dimana tempat kita berhubung dengan kawan-kawan.

Pada sudut positifnya, jelas sekali dengan Facebook, komunikasi lebih mudah terjalin , tapi kita tidak sedar, ia juga menjadi pangkalan dosa harian.

Semestinya di Facebook, korang ada meletakkan gambar-gambar untuk tatapan kawan-kawan tapi yakinkah gambar-gambar itu cukup syarat untuk dipaparkan?

Cuba bayangkan si Wanita yang FREEHAIR, gambar-gambar korang yang mendedahkan rambut yang cantik itu ditatap oleh seribu kawan Lelaki anda di facebook. Sebanyak manakah dosa itu dikumpul?

Si Wanita yang MENJAGA AURAT, yakinkah korang yang pakaian yang korang pakai itu cukup untuk membuatkan mata si Lelaki tidak tercari-cari.

Si lelaki yang melihat memang akan mendapat dosa, tapi si Wanita yang memaparkan gambar tu lebih berdosa kerana menaikkan nafsu si Lelaki yang memang takkan padam ni.

Jika difikirkan, dosa ini akan berterusan sehinggalah korang tidur. Sedar tak sedar, ada yang menyimpannya sebagai koleksi untuk cucian mata. Cuba bayangkan azab Allah dengan dosa-dosa yang kita kumpul hari-hari tanpa kita sedari dengan hanya meletak gambar di Facebook. Nauzubillah.

Tak salah ada akaun facebook, tapi jangan disebabkannya, dosa kita berpanjangan tanpa disedari.

GAMBARAN HARI KIAMAT

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

•Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri

•Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

•Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

•Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

•Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

•Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

•Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

•Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

•Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

•Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

•Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

•Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

•Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

•Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

•‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

•Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

•Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

•Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

•Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

•Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

•Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

•Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

•Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh
amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

•Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

•Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

•Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

•Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

•Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

•Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

•Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

•Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
"Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat."
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1.Sedekah/amal jariahnya.
2.Doa anak²nya yang soleh.
3.Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.